Saturday, August 2, 2008

HISTORY SG .HJ.MUHAMMAD


Sejarah KampungKu
Nama Kampung ini berasal daripada nama seorang tua yang mula-mula meneroka kampung ini. Pada awalnya tempat ini dijadikan penempatan nelayan di persisiran pantai iaitu di kuala sungai di tepi laut Selat Melaka. Penerokaan yang dilakukan oleh tiga keluarga yang berasal dari Tanah Seberang ( Batu Bara, Sumatera) telah mengusahakan penanaman padi.
Setelah kampung ini dibuka, maka ramai orang tempatan dan pendatang lain bersama-sama berusaha untuk membuat ladang dan kebun. Oleh kerana kadar pertumbuhan penduduk yang begitu cepat maka mereka telah membina sebuah masjid di kawasan yang berhampiran dengan kuala sungai tersebut.Pertambahan penduduk yang begitu pesat menyebabkan penerokaan tanah yang lebih luas dilakukan kearah daratan.
Mengikut cerita lisan, kampung ini telah diketuai oleh Tuan Haji Muhammad sebagai ketua kampung pada ketika itu. Oleh yang sedemikian, penduduk kampong ini telah besepakat untuk memberi nama kampung ini sempena nama pemimpin pertama mereka.
Setelah Tuan Haji Muhammad meninggal dunia( tidak diketahui tarikh yang tepat), beberapa orang ketua kampong telah dilantik selepas beliau sehinggalah perlantikan Tuan Haji Yaacob sebagai ketua kampong. Perlantikan beliau dan pengganti yang seterusnya diketahui oleh generasi masa kini. Senarai ketua-ketua kampong Sungai Haji Muhammad sehingga kini seperti yang diketahui adalah seperti berikut :

  1. Allahyarham Tuan Haji Muhammad
  2. Allahyarham Tuan Haji Yaacob
  3. Allahyarham En Abdul Malik
  4. Allahyaram En Ishak Bin Haji Abas.PJK,Jp
  5. Tuan Haji Amarudin bin Haji Ibrahim,ppn




No comments: