Homestay KampungKu Sungai Haji Muhammad Telah mula diperkenal dan diwar-warkan oleh KEMAS pada tahun 2000 dan mendapat kerjasama yang sebaiknya daripada KEMAS.Pada tahun 2001, langkah seterusnya yang diambil oleh pihak KEMAS ialah memulakan bancian awal kepada penduduk kampung yang berminat untuk menjayakan program homestay Kampungku Sungai Haji Muhammad.Dalam bancian awal itu 21 orang tuan rumah telah berminat untuk bersama - sama menjayakan program homestay ini.Tetapi hanya 7 orang Tuan Rumah sahaja yang berjaya menghadiri kursus homestay yang diadakan di Johor.Kursus tersebut anjuran INFRA.Kursus itu telah berjaya dan memberikan lesen homestay terawal kepada para pesertanya.Pada tahun 2004,dengan rasminya peserta kursus homestay di Johor pada tahun 2000 telah berjaya mendapat lesen homestay yang membolehkan mereka menerima tetamu homestay pada bila-bila masa yang diperlukan.
Antara Perintis peserta homestay Kampungku Sungai Haji Muhammad ialah :
Puan Saadian Binti Haji Jaafar
Encik Abu Bakar Bin Jalil
Encik Zainal Bin Abdullah
Encik Shafie Bin Husin
Encik Daim Bin Mohamad
Tn Haji Mohd Yaakob Bin Haji Asghal
Pada Tahun 2006, Jawatankuasa Penaja Homestay Kampungku Sungai Haji Muhammad telah ditubuhkan.Ini kerana sambutan baik yang telah diberikan sama ada daripada pihak Warga Kampungku Sungai Haji Muhammad ataupun daripada tetamu homestay yang telah memajukan program ini bersama - sama.Walaupun hanya 6 buah rumah telah mendapat lesen homestay tetapi 20 buah rumah turut sama terlibat dalam program homestay ini sepanjang ia dijalankan di kampung ini.Pihak Jawatankuasa Penaja Homestay Kampungku Sungai Haji Muhammad telahpun menghantar 20 orang tuan rumah yang ingin mengikuti kursus homestay anjuran INFRA untuk mendapat lesen Homestay tetapi belum mendapat kata putus daripada pihak INFRA.Mereka masih lagi menunggu untuk membolehkan mereka mendapat lesen seterusnya dapat bersama-sama menjayakan program homestay ini dari masa ke semasa.

No comments:
Post a Comment